ekonomi islam adalah sistem ekonomi yang indah.... umat islam digalakkan untuk menderma..dan hanya orang tertentu sahaja yang boleh menderma...saya ada cover 8 golongan yang layak menerima zakat di dalam artikel lepas..tapi dah lama...jadi nak kene re cap balik la.
8 golongan berhak menerima zakat:
1.Fakir
2.Miskin
3.Amil
4.Mualaf
5.Hamba
6.Orang berhutang
7.Di jalan Allah
8.Musafir.
Apakah pengertian setiap individu?
1.Fakir: Orang yang tidak mempunyai harta atau mempunyai hanya kurang seperdua keperluannya dan tidak ada orang yang berkewajipan memberi belanja kepadanya.
2.Miskin: Orang yang mempunyai harta sebanyak seperdua keperluannya atau lebih tidak sampai mencukupinya.
3.Amil: Orang yang dilantik untuk menguruskan pungutan dan pembahagian zakat.
4.Mualaf: Orang yang baru memeluk agama islam dan keadaan imannya masih belum kuat dan teguh. (adakah budak2 yang baru mengenal islam juga mualaf? [soalan saya utk renungan bersama]
5. Orang yang berhutang : Orang yang mempunyai beban hutang yang masih belum dijelaskan.Hutang ini bukanlah kerana tujuan maksiat tetapi untuk kepentingan masyarakat dan juga keperluan yang harus bagi dirinya.
6.Di jalan Allah: Tentera yang berjuang di jalan Allah.atau semua amal soleh dimaksudkan untuk meninggikan agama Allah seperti membina sekolah,rumah sakit,masjid,jalan,jambatan,rumah-rumah anak yatim,bantuan biasiswa dan mubaligh-mubaligh yg menjalankan seruan dakwah di jalan Allah.
7.Musafir: Orang yang melakukan perjalanan untuk tujuan baik dan untuk kepentingan agama islam.
8.Hamba: Orang yang akan menebus dirinya dari tuannya.
8 golongan ini adalah orang yang sangat memerlukan dalam hidupnya.Jika kita sesama islam tidak menolong mereka adalah ditakuti mereka akan mudah tertarik oleh orang2 kafir yang lebih senang menarik mereka dengan ganjaran wang utk memasuki aliran mereka.Jadi cuba kita fikirkan.... orang kristian sering memberikan wang charity kepada 8 golongan ini .Maka salah orang itu ka kalau mereka lebih tertarik kepada agama lain sbb orang islam sendiri tanak bantu orang miskin?
jika kita betul2 ingin berdakwah....kita harus memikirkan nasib 8 orang ini dahulu
sesungguhnya..berada dalam keadaan yang miskin lebih mendorong manusia melakukan dosa daripada jika kita mempunyai wang yg cukup....
sebab itulah orang islam harus bijak ekonomi dan business..bukan utk menindas orang miskin ,menganjurkan riba dan budaya hutang yang telah melanda kita semua...tetapi utk memakmurkan sistem ekonomi islam yang makin dilupakan kini..
''Lebih baik rumah kecil dan kereta kecil...daripada rumah besar dan kereta besar tetapi hutang''
hutang itu membawa kemusnahan di kemudian hari..
Wallahu'alam.....